pindah ?
Bismillah.. Assalamualaikum semua !
"Wei, kau nak pindah ke? Asal pindah? Sampai hati kau.. tinggalkan aku sorang-sorang kat sini.." sakit hatinya bila sahabat karibnya sejak dari darjah 3 lagi duduk bersama tetapi akhirnya mereka terpaksa berpisah.
Jue tak puas hati.. dia merasakan bahawa Farisha sengaja mahu menjauhkan dirinya daripada Jue. Jue tahu selama ini dia banyak buat Farisha sakit hati.. mungkin ada salah faham di antara mereka.Sudah beberapa kali Jue bertanya Farisha tetapi kawan karibnya itu tetap mendiamkan diri. Jue pelik dengan sikap Farisha yang berubah semenjak peristiwa itu berlaku..-Di Sekolah Menengah Congo-
"Tu dia Farisha.. korang! Cepat, cepat!" Amir mengarahkan rakan sekumpulannya yang dikenali sebagai Mat Jambu itu.
Satu..dua..tiga! Puhff! Pak! Pak! Shrhhh..
Habis Farisha berlumuran dengan tepung, bau telur busuk, air sirap dan kuah kari lauk kantin tadi.
Hahahaha ! Tawa mereka semakin galak. Puas hati amir mengerjakan Si Serabai itu. Dia memang bencikan Farisha sejak dia mendengar luahan hati Farisha yang suka padanya suatu ketika dahulu.
Farisha hanya menangis. Tiada siapa yang tahu perlakuan mereka kerana tiada orang di situ tambahan pula semua pelajar sudah pulang. Dia berlari semahu-mahunya kerana ingin melepaskan diri daripada dibuli kumpulan itu.
"Budak Serabai.. Tak tahu malu.. Dah la tak cantik, ada hati nak jadi gf aku.."
Wei! Perkara tu dah lama lah. Aku benci kau! Jerit hati Farisha.
Peristiwa itu hanya diberitahu kepada Jue. Tetapi Jue tidak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya memberi kata-kata semangat kepada Farisha.
"Farisha, takkan pasal benda tu pun kau nak pindah?! Wei.. diorang tu saja je nak kenakan kau.. Janganlah ambil hati sangat. Kau pun tahu kan perangai diorang."
Farisha hanya mendiamkan diri.
"Farisha, look! Okay.. aku minta maaf kalau aku ada buat salah dengan kau.. aku tak berniat pun hari itu nak malukan kau kat depan kelas. Tu sebenarnya salah faham. Aku minta maaf," kata Jue sambil teresak-esak apabila dia mengingati kejadian yang memalukan kelmarin.
"Tak. Bukan salah kau pun,"
"Habis tu, kenapa kau tiba-tiba je nak pindah? Tak kesian kat aku ke.. nanti aku sorang-sorang je. Takde sapa nak story-mory dengan aku..,"
Farisha mengeluh panjang.
"Wei..cakaplah kenapa?"
"Nanti aku cerita kat kau bila sampai masanya nanti,"
"Alah.. sekarang tak boleh ke? Sejak bila kau ni pandai rahsiakan problem kau? Dulu kau cerita semua benda kat aku.. Sampai hati kau lupakan aku,"
"Bukan semua benda kita boleh ceritakan kat orang lain, Jue. Aku janji nanti aku akan bagitahu jugak kat kau,"
Kelopak mata Farisha penuh dengan air mata tetapi tetap disembunyikan kerana dia tidak mahu Jue tahu dia menangis.
"Malam nanti jangan lupa call tau," Jue mengingatkan rakan karibnya itu. Memang sudah menjadi kebiasaan mereka berbual di telefon setiap malam dengan berkongsi masalah, bercerita tentang artis korea kegemaran mereka.
Selesai solat Isyak, Farisha menadah tangan dan berdoa sambil menangis sepuas-puasnya. Dia sangat sedih untuk kehilangan rakannya itu tetapi apakan daya takdir sudah menentukan segalanya. Tiada siapa yang mampu melawan tetapan Sang Pencipta. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Bisik hati Farisha untuk menenangkan perasaannya.
Pada malam itu Farisha menghabiskan masanya berbual dengan Jue.
"Sudah tiba masanya..," Farisha mengemas apa yang patut untuk dibawa ke tempat barunya.
Tanpa persetujuan dan pengetahuan Jue, Farisha meninggalkan rakannya itu dengam seribu satu kenangan.
"Eh, Jue. Farisha dah pindah ke?" Atifah bertanya.
Soalan itu tidak dijawab. Jue masih dalam lamunannya. Dia berteka-teki adakah Farisha betul-betul pindah? Kalau nak pindah pun mengapa tidak bagitahu semalam? Farisha.. please don't forget me!
-Di lapangan terbang-
"Platform kapal terbang ke Australia akan dibuka sebentar lagi,"
Mendengar suara itu, hati Farisha pilu. "Selamat tinggal bumi Malaysia dan sahabatku, Jue," hatinya menangis.
Dia terpaksa pergi jauh.
-dua bulan selepas itu-
Jue masih tidak dapat menerima sebarang berita tentang Farisha. Dia sudah tidak larat. Sudah beratus kali dia menelefon Farisha tetapi hampa. Dia juga ada menghantar pesanan ringkas namun tidak pernah dibalas. Jue mula buntu. Apa yang tidak kena dengan kawan karibnya itu?
Semasa di sekolah pun dia tidak dapat menumpukan perhatian. Keputusan peperiksaannya juga semakin merosot.
Dia buntu.
-Di Kedai Runcit Pak Kassim-
Jue mencari beberapa biji bawang yang dipesan ibunya. Sementara memilih bawang, dia terpandang seseorang.
"Assalamualaikum adik..,"
"Waalaikumussalam,"
"Adik Farisha kan?"
"Ye, saya. Kenapa?"
"Hm, Farisha ke mana ye? Dah lama dia tak berhubung dengan akak,"
"Akak ni sapa ye? Maaflah. Saya sebenarnya tak boleh bagitahu sesuka hati kat mana kakak saya sekarang,"
"Nama akak, Jue. Akak ni kawan rapat Farisha. Adik, tolonglah.. Akak dah lama tak jumpa Farisha. Akak nak tahu dia kat mana je..,"
"Oh, kak Jue. Hm, kakak saya ada pesan suruh bagi sesuatu dekat akak. Dah lama saya nak bagi tapi tak jumpa akak kat mana,"
"Apa dia?"
"Hm, esok saya bagi akak boleh? Kita jumpa dekat sini jugak,"
"Oh, okay,"
-Keesokannya-
"Ni dia,"
"Oh. Terima kasih ye, adik,"
Jue pulang ke rumah dengan segera. Dia ingin benar tahu isi surat di dalamnya.
> Sahabatku, Jue
Assalamualaikum Jue. Aku ridu kau! Rinduuuu sesangat! Jue, aku minta maaf kalau buat hati kau tersinggung. Aku tahu kau still marah kat aku kan? Jue, aku sengaja rahsiakan hal ni daripada kau. Aku tak nak kau susah hati dan sedih. Sebenarnya, aku pergi Australia. Aku terpaksa pergi, Jue. Kalau boleh, aku nak bawak kau bersama. Aku takde jalan lain lagi dah.. Jue, aku nak beritahu kau yang.. aku ade penyakit leukimia. Doktor cakap sekarang dah teruk. Jadi, ayah aku rancang nak bawa aku pergi dari bumi Malaysia sebab dia nak jaga aku kat sini. Aku janji, kalau aku sembuh nanti aku akan balik Malaysia dan peluk-peluk kau kuat-kuat. Tapi, kalau ditakdirkan aku pergi dahulu, aku minta kau janganlah bersedih dengan pemergian aku. Kau doakan yang terbaik untuk aku ye..
Jue, aku minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat luangkan masa dengan kau di saat-saat kritikal aku ni. Aku harap sangat kau ada di sisi aku sekarang. Aku lemah, Jue. Aku tak kuat.. Aku tinggal sebulan je lagi nak teruskan kehidupan aku kat dunia ni.
Jue, serius aku cakap, aku betul-betul sayang kau.. Jue, tolong jangan lupakan persahabatan ni ye.. aku bersyukur sangat sebab dapat berkawan dengan kau. Kau selalu dengar masalah aku. Kau bantu aku untuk jadi kuat. Kau selalu ada untuk aku Jue. Terima kasih atas semuanya..
Aku berharap kita akan bertemu kembali. Walaupun bukan di dunia, InsyaAllah di akhirat nanti.
>Sahabatmu, Farisha
Air mata penuh membasahi pipi Jue. Habis basah kertas yang dipegangnya itu. Dia kelu dan terpaku. Rasanya bagaikan remuk hatinya apabila sahabatnya yang selama ini mencurahkan kasih sayang kepadanya hendak pergi buat selamanya di bumi ini. Dia terkesima dan terus menangis semahunya. Jue ingin sekali berjumpa dengan sahabatnya itu buat kali terakhir. Tapi bagaimana? Dia buntu.
Akhirnya, dia bangun malam dan melaksanakan solat tahajud dan istikharah untuk memohon petunjuk daripada Yang Maha Mengetahui. Dari sudut hatinya, dia berdoa agar dapat berjumpa dengan Farisha walaupun sementara.
Setelah mendapatkan keizinan kedua ibu dan bapanya, Jue sudah bertekad mahu mencari Farisha di Australia. Dia ditemani oleh abangnya.
Setibanya mereka di Australia, abangnya mencadangkan beberapa hotel dan rumah tumpangan serta hospital yang mungkin didiami oleh Farisha. Abang Jue memang sudah lali dengan kehidupan di Australia kerana dia pernah menjadi penuntut salah sebuah universiti di sini.
Hasil pencarian mereka selama beberapa hari akhirnya doa Jue dimakbulkan.
"Assalamualaikum.. Farisha!!"
"Waalaikumussalam. Ya Allah, Jue!" Jerit Farisha di dalam hati kerana dia sudah tidak mampu untuk membuka mulutnya. Tetapi, riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia amat gembira dengan kehadiran yang tidak disangka-sangka. Berlinangan air mata kedua-duanya. Jue sebak melihat keadaan Farisha yang lemah dan tidak bermaya itu.
Farisha sudah tenat. Dadanya turun naik turun naik dengan laju. Dia tidak mampu bertahan lagi. Jue cepat-cepat mengucapkan kalimah syahadah di telinga Farisha. Dia menggenggam erat tangan Farisha. Dengan sekelip mata, terlerailah roh Farisha dari jasadnya dengan tenang sekali. Jue hanya menangis. Namun, dia redha.
"Allah sayangkan kau, Farisha. Pergilah dengan tenang. Semoga kau ditempatkan di kalangan orang yang beriman,"
11 Disember 2013 : 10.05 a.m.
Hari ni, waktu ni.. adalah saat pemergian orang yang aku sayang. Allah lebih sayangkan dia. Memori yang kita cipta selama ini takkan aku lupakan, sahabatku. Akhirnya aku dapat jumpa kau buat kali terakhir dan kau meninggal di pangkuanku. Sahabat, meskipun kita sudah berpisah, aku pasti jiwamu sentiasa ada di sampingku. Semoga kita dapat bertemu di Jannah suatu hari nanti..
-AA-
{ 0 comments } 








