Kaulah yang satu, menjadi..
Kaulah yang selalu..Selalu menemaniku..
Di setiap kisah pahit manis hidupku..
Kaulah yang di situ..
Setia menungguku..
Kaulah yang satu, menjadi..
SAHABATKU !
Lagu yang selalu didendangkan oleh Najwa Latiff di radio cukup mengingatkan AA tentang persahabatan. Ya, betul..
Sahabat sejati selalu berada di sisi di kala sukar dan senang. Sahabat sejati setia mendengar masalah mahupun berita gembira. Sahabat sejati tidak mengharapkan apa-apa balasan. Kerana mereka ikhlas dalam persahabatan. Ikhlas.. bukan dapat diungkapkan dengan kata-kata tetapi bagaimana kita melahirkan rasa ikhlas adalah dengan melakukan sesuatu dengan hati yang terbuka dan senang hati tanpa mengharapkan balasan.
Mungkin ramai di antara remaja zaman sekarang mudah mencari kawan. Yelah kan, senang je kalau nak cari kawan. Petik jari aje.. belambak yang datang. Tapi, ada sesetengah orang memilih kawan. Bukan apa, cuma mahu berhati-hati apabila berkawan. Bukan senang nak cari kawan yang baik sekarang ni.. ada kawan yang sanggup memperbodohkan kawan sendiri dan tikam belakang kawan sendiri semata-mata untuk mendapat kepentingan sendiri. Haa, itu yang membahayakan. Mana taknya, kita percayakan kawan kita sepenuhnya tapi alih-alih kita pula yang jadi mangsa.
Kenapa ya? Adakah mereka yang tikam kawan ni dengki dengan kawan dia sendiri? Entahlah...
Tapi, dalam masa kita mencari kawan, sahabat adalah yang paling sukar dicari.
Apa bezanya kawan dan sahabat?
Haaa...pernah dengar tak? Kalau kita selalu baca sirah Nabi Muhammad, kita akan perasan orang di sekeliling Nabi, yang berkawan dengan Nabi dipanggil gelaran sahabat. Bukan kawan. Kenapa ya?
Sebab.. mereka sangat rapat dengan baginda. Mereka memperdengar segala ucapan baginda. Mereka mempercayai kata-kata baginda. Mereka selalu berada di sisi baginda tidak kiralah masa susah dan senang. Sanggup mempertahankan baginda di hadapan musuh malah sanggup menggadaikan nyawa demi seorang yang bergelar Nabi. Mereka ini ialah kawan istimewa Nabi, kawan seperjuangan Nabi. Sebab itulah mereka digelar sebagai sahabat.
Apabila kita bersahabat ataupun berkawan, kita kena pastikan niat kita ni betul. Adakah kita berkawan dengan dia semata-mata ingin lulus dalam peperiksaan? Adakah kita kawsn dengan dia sebab nak sekali famous? Adakah kita berkawan dengan dia sebab kita dah takde kawan lain? Ketahuilah bahawa, niat utama kita berkawan atau bersahabat adalah kerana Allah SWT. Ingin merapatkan silaturahim dengan saudara Islam. Ingin mengajak mereka ke arah kebaikan dan membangunkan Islam. Macam para sahabat Nabi.. bahkan, tidak lengkap iman seseorang selagi mana dia tidak mengasihi sahabatnya sendiri.
Justeru itu, bila kita berkawan dengan hati yang ikhlas, In Shaa Allah.. kita akan dapat merasai manisnya berkawan. Sweeeet sangat >_<
Jadi AA nak pesan, jangan pernah lupakan kawan atau sahabat kita. Mana tahu, di akhirat nanti kita beroleh syafaat daripada dia. Akhir sekali, dengan bersahabat atau berkawan, kita dapat menambah pahala. Jadi, berkawanlah dengan ikhlas dan cuba untuk menjadi sahabat yang terbaik.
{ 0 comments }
kisah masa silam
Alkisahhhhh...'Ira, Ira ! Meh sini jap'
Safiyya menarik tangan Humaira dan dengan pantas dia bergerak menuju ke suatu tempat.
'Awak nak buat apa ni?' 'Tu..tu.. tengok budak tu. Cute kan?' 'Mana..?' 'Yang duduk kat tempat ketiga belah pintu sana tu lah..'
Ishh.. Iyya ni dah kenapa? Soal Humaira di dalam hati.
Mereka menyorok di sebalik dinding berdekatan tingkap kelas 6 Pertiwi.
'Amir !'
Jeritan Safiyya memeranjatkan Humaira. Semua orang di dalam kelas 6 Pertiwi mencari-cari dari mana datangnya suara tersebut. Kemudian Safiyya melarikan diri meninggalkan Humaira. Humaira pun tergesa-gesa mengejar Safiyya.
'Ishh.. Iyya ni kan..' kata Humaira geram.
'Iyya ! Sampai hati awak tinggalkan saya..'
'Eh, sorry lah Ira. Iyya tak perasan..'
Humaira acah-acah merajuk. 'Ala bucuk bucuk.. janganlah macam ni Ira.. Iyya betul-betul malu tadi. Semua orang macam pandang Iyya je tadi'
'Dah tu, kenapa dok sibuk panggil nama mamat mana entah tu? Tahu pulak malu. Lepas tu tinggalkan Ira sorang-sorang'
'Eh, Ira tak kenal ke mamat tu? Cute la.. hensemmm! Semua orang minat kat dia'
'Hmm, apa-apa jelah Iyya. Malas nak layan orang tengah angau'
Humaira sambung makan. Sesekali Safiyya menceritakan serba sedikit tentang lelaki yang diminatinya itu. Pada malam itu, kelas tambahan nadi berjalan seperti biasa.
-----------------------------------------------------------------
'Ehem ehem !' 'Kenapa?' 'Takde apa-apa'
Amir sebenarnya sudah lama meminati Humaira sejak masuk alam persekolahan di SMK Batu Bertangkup. Pernah suatu ketika dahulu dia melamar Humaira untuk 'bercouple' dengannya tetapi Humaira menolak. Dia tidak meminati 'couple-couple' nih..
Amir sedaya-upaya untuk mendekati Humaira. Dia cuba berkawan baik dengannya. Dia selalu bertanya soalan tentang pelajaran yang tidak difahaminya kepada Humaira. Memandangkan Humaira seorang yang bijak, dia akan sedaya-upaya untuk menerangkan ilmu-ilmu yang diperolehinya kepada orang yang memerlukan.
'Humaira, aku...aku sebenarnya...dah... dah lama sukakan kau' ujar Amir di hadapan Humaira sekali lagi. 'Tapi,' Amir sudah tahu jawapannya dan dia membidas kata-kata Humaira. 'Jangan salah sangka, aku cuma nak kita jadi kawan je.. hmm, maybe kawan istimewa? Aku selalu luahkan perasaan kat orang tapi kau je yang faham aku'
Di rumah, Humaira memikirkan apa yang diucapkan oleh Amir. Bukan sekali, tapi beratus-ratus kali.
'Hmm, apa salahnya. Dia nak berkawan je kan? Takpelah, aku terima. Tapi, kalau Iyya tahu macam mana?' Bisik Humaira di dalam hati. 'Takpe.. Iyya dah pindah jauh. Mesti dia tak tahu punya'
Amir dan Humaira berbalas-balas mesej hampir setiap hari. Humaira sudah dibelai dengan kasih sayang dan sifat 'caring' Amir terhadapnya. Tambahan pula, Amir selalu mengajak Humaira untuk keluar ber'dating'. Pada mulanya Humaira tidak bersetuju namun setelah puas Amir memujuknya akhirnya dia mengalah. Amir memberi alasan bahawa dia mahu Humaira mendengar cerita dan luahan perasaannya dan mahu meminta khidmat nasihat daripada Humaira.
Pada suatu hari di perpustakaan, Amir dan Humaira duduk berdepan-depan kononnya mahu melakukan ulangkaji kerana peperiksaan akhir tahun semakin tiba.
'Humaira, soalan ni macam mana nak jawab? Amir tak fahamlah' lalu Huamaira menerangkan satu persatu jawapan bagi soalan itu.
'Wehhh, tu Humaira dengan Amir kan? Diorang buat apa ek? Macam dating je..'
Kebetulan pula waktu itu Humaira dan Amir sedang bergelak ketawa kerana Amir menceritakan bagaimana dia jatuh tergolek terpijak pisang.
'Haah lah.. ishh, orang alim camtu pun ada jugak yang berdating.. gelak-gelak pulak tu. Macam takde tempat lain pulak nak duduk. Kononnya dating kat perpustakaan nak study. Hampehh !'
Humaira sebenarnya mendengar perbualan dua orang budak tadi. Dia tidak berasa selesa tetapi dipekakkan telinganya. 'Biarlah, orang memfitnah kita yang dapat pahala' bisik hati kecil Humaira. Mereka meneruskan perbincangan sambil diselangi dengan cerita lawak oleh Amir.
Di dalam kelas, Amir juga selalu mendekatkan dirinya kepada Humaira sehingga menimbulkan kontroversi dalam kalangan budak-budak kelas. Tapi, bukan kelas 2 Bagus sahaja, sampai guru-guru yang mengajar juga turut mendengar kontroversi itu. Humaira tidak tenteram dengan khabar angin itu lalu meminta Amir untuk tidak selalu mendekatinya.
'Biarlah apa orang nak cakap kat kita. Kita bukannya buat benda tak elok' kata-kata Amir membuatkan Humaira tenang seketika.
'Ishhh, aku ni dah kenapa? Tak boleh nak khusyuk je masa dalam solat.. hmm, Amir...' Humaira mengelamun seketika.
Setelah lama 'berkawan rapat' dengan Amir, keputusan pelajaran Humaira semakin merosot. Dia tension. Dia stress. Dia... macam-macam lagi lahh.
Dia sudah tidak seperti dahulu yang selalu mendapat keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan.
Lama-kelamaan, Amir asyik mengajak Humaira untuk pergi ke tempat membeli-belah kononnya hendak membeli alat tulis dan buku rujukan. Seringkali juga Amir pernah menonton wayang bersama-sama Humaira. Berdua-duaan. Humaira sudah seronok kerana Amir sering berada di sisinya setiap kali dia berasa tertekan. Dia tidak sedar bahawa Amir telah membuainya dengan penuh kasih sayang yang mengharapkan sesuatu pada dirinya. Humaira sudah tidur. Tidur dengan belaian Amir.
'Amir, saya nak ke tandas sekejap' 'Okay'
Mereka sedang melepak di satu shopping complex.
'Amir, saya rasa pening la.. kenapa ek?' 'Iya ke? Awak ni nak demam ni.. takpe-takpe saya hantar awak balik'
'Yess! Inilah peluang aku. Dah lama aku nantikan' suara jahat Amir berlagu di hatinya. Nafsunya sudah mula memuncak.
'Arghhh! Apa awak buat ni? Amir !'
Humaira membaling segala benda yang berada berhampirannya ke arah Amir.
'Pakkk!'
Darah mengalir kelihatan pada hujung kepala Amir. Amir pengsan.
Humaira panik dan pergi dari situ. Dia berlari. Matanya penuh dengan kaca-kaca yang deras mengalir ke pipi gebunya.
'Patutlah, selama ni ada udang di sebalik mee' 'jahat kau Amir, JAHATTT !' Humaira melepaskan amarahnya di hujung suatu jalan yang tiada orang.
'Ya Allah... nasib baik dia tak apa-apakan awak, Ira'
'Iyya, saya minta maaf.. selama ni saya tak pernah cerita dekat awak pasal saya dengan Amir. Saya menyesal. Kenapa dia sanggup buat saya macam ni? Dia khianati saya!'
'Sudahlah Ira, jangan minta maaf dekat saya. Benda tu dah lama berlalu dan saya sudah tidak sukakan dia lagi. Ira, awak minta maaf dan mohon ampun kepada Allah ye. Selama ni, awak banyak lupa kepada Dia, sebab itu jadi begini. Syukur, awak tidak diapa-apakan oleh dia. Sudahlah, tidak berguna awak menangisi, bertaubatlah, Ira'
Ya Allah, ampuni hamba-Mu yang telah banyak leka. Aku telah mencampakkan diriku sendiri ke gaung penzinaan. Janganlah Engkau murkai daku, Ya Rabb' Humaira menangis semahu-mahunya dan dia benar-benar menyesal atas kesilapan dan kejahilannya. Dia sudah tidak mampu untuk berkata-kata. Perit tekaknya. Hanya mampu berdoa di dalam hatinya. Akhirnya, Humaira lena di atas sejadah dengan berpakaian telekung. Selamanya.{ 0 comments }
Takdir Untukku
Assalamualaikum !Hm.. mesti awak awak semua nak tau apa sebenarnya maksud di sebalik tajuk yg AA tulis kali ini, kan?
Mungkin awak-awak terfikir takdir untukku ni macam jodoh. Tidak sebenarnya.. AA nak awak-awak tahu yg sahabat juga merupakan takdir untuk kita. Biasalah, blog ni kan kami kongsi.. jadi, semua entry yg kami buat semestinya pasal sahabat.
Cuma, AA terfikir yg sahabat juga merupakan takdir yg ALLAH sudah tentukan utk seseorang dimana sahabat ini mampu utk membimbing kita ke arah kebaikan.
Sebagai contoh, AA nak kongsikan cerita hidup AA ketika kami (MYEITS) bertemu..
Dengan izin ALLAH, AA dan empat sahabat yg lain memang dari sekolah yang sama. Cuma dua orang sahaja dari sekolah lain. Itupun, kami takde lah serapat mana..
Alhamdulillah, dengan takdir yang ALLAH tentukan, kami berjaya membentuk sebuah kumpulan :) sangat indah dan bahagia tidak terkata ketika kami bersama-sama. Kenangan manis yang AA lalui bersama sahabat yg lain tidak mungkin dilupakan.
Semenjak itu, kami akrab bagaikan sebuah keluarga.. AA tak sangka kami dpt bertahan sampai sekarang. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.
AA nak sampaikan kepada awak-awak bahawa sahabat ini merupakan anugerah yg ALLAH berikan kepada kita. Janganlah kita mempersendakan mereka, kerana mereka tidak sempurna. Sama juga seperti diri kita sendiri. Jika sahabat kita melakukan kesalahan, tegurlah.. untuk kebaikan.
Begitu juga dengan kemungkaran. Contohnya, apabila ada sahabat kita yg membuat kemungkaran, tegurlah dan beri mereka nasihat dengan baik. Ada sesetengah sahabat yang tidak berani untuk menegur kerana bimbang sahabat itu akan berkecil hati. Itu salah sebenarnya.. Kita sepatutnya tidak membiarkan mereka di dalam gaung kemungkaran. Bukankah kita mahu memimpin mereka sampai ke Jannah? Jadi, prioritikan dari aspek keagamaan.
Kita tak boleh melukakan perasaan sahabat kita kerana mereka lah yg paling rapat dengan kita selain daripada keluarga. Ingat ! ALLAH memberi kita amanah utk menjaga mereka. Bawalah sahabat kita hingga ke Syurga.
Sahabatku,
Engkaulah takdir untukku.{ 0 comments }
Sahabat :)
Lama sudah blog ini tidak bergerak. Seperti yang semua tahu, blog ini adalah blog secara berkumpulan. Maka sudah tentunya setiap post itu bukannya orang yang sama seperti blog yang biasa korang lihat atau baca.. Tapi dekat sini, setiap ahli ade kot masing-masing dan kod bagi penulis entry kali ini ialah NHY .
Ah cukup lah tadi sebagai pengenalan :) Hehe.. Sebenar entry kali nie NHY nak cerita pasal persahabatan. Siapa yang tidak ada sahabt di dunia ini ? Semua orang ada sahabatnya yang tersndiri. Ada sabahat yang gila-gila, biol, baik dan sebagainyalah ! Yang pasti, bagi semua orang, sahabat mereka adalah sahabat yang terbaik ! Dan bagi semua orang juga, sahabat itu sudah macam keluarga sendiri. Betul tak ? Sebabnya bila dengan sahabat kita, kita akan jadi diri sendiri. Sahabat yang terbaik adalah sahabat yang sentiasa ada ketika susah dan senang. Bukan sahabat yang hanya ada ketika senang atau dengan kata lain, hanya menumpang kesenangan orang lain.
Kekadang NHY terfikir, kenapa ada sahabat yang sanggup tikam sahabat dia sendiri? *Maksudnya macam kawan makan kawanlah hehe.. Itu yang buat NHY pelik, nama dah sahabat, tapi sanggup buat kawan sendiri ? Err.. Mungkin itu yang dinamakan ujian dari-Nya.
Diberi oleh-Nya seorang insan untuk mengubah sifat seorang insan yang lain ke arah kebaikkan. Maka, setelah misinya selesai, insan tersebut akan tinggalkan insan yang lain.NHY selalu kata dekat diri macam tu :') Setiap perkara yang jadi dimuka bumi ini pastinya ada hikmahnya kan? Jadi kita kenelah selalu fikir positif walau apa pun yang terjadi. Walaupun kita ada sahabat yang suka tikam sahabatnya sendiri, mungkin itu ujian untuk kita menjadi lebih baik ataupun itu misi kita untuk mengubahnya ke arah yang lebih baik. Ingat wahai sahabat, sentiasalah berfikiran positif !
By: NHY
{ 0 comments } pindah ?
Bismillah.. Assalamualaikum semua !
"Wei, kau nak pindah ke? Asal pindah? Sampai hati kau.. tinggalkan aku sorang-sorang kat sini.." sakit hatinya bila sahabat karibnya sejak dari darjah 3 lagi duduk bersama tetapi akhirnya mereka terpaksa berpisah.
Jue tak puas hati.. dia merasakan bahawa Farisha sengaja mahu menjauhkan dirinya daripada Jue. Jue tahu selama ini dia banyak buat Farisha sakit hati.. mungkin ada salah faham di antara mereka.Sudah beberapa kali Jue bertanya Farisha tetapi kawan karibnya itu tetap mendiamkan diri. Jue pelik dengan sikap Farisha yang berubah semenjak peristiwa itu berlaku..-Di Sekolah Menengah Congo-
"Tu dia Farisha.. korang! Cepat, cepat!" Amir mengarahkan rakan sekumpulannya yang dikenali sebagai Mat Jambu itu.
Satu..dua..tiga! Puhff! Pak! Pak! Shrhhh..
Habis Farisha berlumuran dengan tepung, bau telur busuk, air sirap dan kuah kari lauk kantin tadi.
Hahahaha ! Tawa mereka semakin galak. Puas hati amir mengerjakan Si Serabai itu. Dia memang bencikan Farisha sejak dia mendengar luahan hati Farisha yang suka padanya suatu ketika dahulu.
Farisha hanya menangis. Tiada siapa yang tahu perlakuan mereka kerana tiada orang di situ tambahan pula semua pelajar sudah pulang. Dia berlari semahu-mahunya kerana ingin melepaskan diri daripada dibuli kumpulan itu.
"Budak Serabai.. Tak tahu malu.. Dah la tak cantik, ada hati nak jadi gf aku.."
Wei! Perkara tu dah lama lah. Aku benci kau! Jerit hati Farisha.
Peristiwa itu hanya diberitahu kepada Jue. Tetapi Jue tidak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya memberi kata-kata semangat kepada Farisha.
"Farisha, takkan pasal benda tu pun kau nak pindah?! Wei.. diorang tu saja je nak kenakan kau.. Janganlah ambil hati sangat. Kau pun tahu kan perangai diorang."
Farisha hanya mendiamkan diri.
"Farisha, look! Okay.. aku minta maaf kalau aku ada buat salah dengan kau.. aku tak berniat pun hari itu nak malukan kau kat depan kelas. Tu sebenarnya salah faham. Aku minta maaf," kata Jue sambil teresak-esak apabila dia mengingati kejadian yang memalukan kelmarin.
"Tak. Bukan salah kau pun,"
"Habis tu, kenapa kau tiba-tiba je nak pindah? Tak kesian kat aku ke.. nanti aku sorang-sorang je. Takde sapa nak story-mory dengan aku..,"
Farisha mengeluh panjang.
"Wei..cakaplah kenapa?"
"Nanti aku cerita kat kau bila sampai masanya nanti,"
"Alah.. sekarang tak boleh ke? Sejak bila kau ni pandai rahsiakan problem kau? Dulu kau cerita semua benda kat aku.. Sampai hati kau lupakan aku,"
"Bukan semua benda kita boleh ceritakan kat orang lain, Jue. Aku janji nanti aku akan bagitahu jugak kat kau,"
Kelopak mata Farisha penuh dengan air mata tetapi tetap disembunyikan kerana dia tidak mahu Jue tahu dia menangis.
"Malam nanti jangan lupa call tau," Jue mengingatkan rakan karibnya itu. Memang sudah menjadi kebiasaan mereka berbual di telefon setiap malam dengan berkongsi masalah, bercerita tentang artis korea kegemaran mereka.
Selesai solat Isyak, Farisha menadah tangan dan berdoa sambil menangis sepuas-puasnya. Dia sangat sedih untuk kehilangan rakannya itu tetapi apakan daya takdir sudah menentukan segalanya. Tiada siapa yang mampu melawan tetapan Sang Pencipta. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Bisik hati Farisha untuk menenangkan perasaannya.
Pada malam itu Farisha menghabiskan masanya berbual dengan Jue.
"Sudah tiba masanya..," Farisha mengemas apa yang patut untuk dibawa ke tempat barunya.
Tanpa persetujuan dan pengetahuan Jue, Farisha meninggalkan rakannya itu dengam seribu satu kenangan.
"Eh, Jue. Farisha dah pindah ke?" Atifah bertanya.
Soalan itu tidak dijawab. Jue masih dalam lamunannya. Dia berteka-teki adakah Farisha betul-betul pindah? Kalau nak pindah pun mengapa tidak bagitahu semalam? Farisha.. please don't forget me!
-Di lapangan terbang-
"Platform kapal terbang ke Australia akan dibuka sebentar lagi,"
Mendengar suara itu, hati Farisha pilu. "Selamat tinggal bumi Malaysia dan sahabatku, Jue," hatinya menangis.
Dia terpaksa pergi jauh.
-dua bulan selepas itu-
Jue masih tidak dapat menerima sebarang berita tentang Farisha. Dia sudah tidak larat. Sudah beratus kali dia menelefon Farisha tetapi hampa. Dia juga ada menghantar pesanan ringkas namun tidak pernah dibalas. Jue mula buntu. Apa yang tidak kena dengan kawan karibnya itu?
Semasa di sekolah pun dia tidak dapat menumpukan perhatian. Keputusan peperiksaannya juga semakin merosot.
Dia buntu.
-Di Kedai Runcit Pak Kassim-
Jue mencari beberapa biji bawang yang dipesan ibunya. Sementara memilih bawang, dia terpandang seseorang.
"Assalamualaikum adik..,"
"Waalaikumussalam,"
"Adik Farisha kan?"
"Ye, saya. Kenapa?"
"Hm, Farisha ke mana ye? Dah lama dia tak berhubung dengan akak,"
"Akak ni sapa ye? Maaflah. Saya sebenarnya tak boleh bagitahu sesuka hati kat mana kakak saya sekarang,"
"Nama akak, Jue. Akak ni kawan rapat Farisha. Adik, tolonglah.. Akak dah lama tak jumpa Farisha. Akak nak tahu dia kat mana je..,"
"Oh, kak Jue. Hm, kakak saya ada pesan suruh bagi sesuatu dekat akak. Dah lama saya nak bagi tapi tak jumpa akak kat mana,"
"Apa dia?"
"Hm, esok saya bagi akak boleh? Kita jumpa dekat sini jugak,"
"Oh, okay,"
-Keesokannya-
"Ni dia,"
"Oh. Terima kasih ye, adik,"
Jue pulang ke rumah dengan segera. Dia ingin benar tahu isi surat di dalamnya.
> Sahabatku, Jue
Assalamualaikum Jue. Aku ridu kau! Rinduuuu sesangat! Jue, aku minta maaf kalau buat hati kau tersinggung. Aku tahu kau still marah kat aku kan? Jue, aku sengaja rahsiakan hal ni daripada kau. Aku tak nak kau susah hati dan sedih. Sebenarnya, aku pergi Australia. Aku terpaksa pergi, Jue. Kalau boleh, aku nak bawak kau bersama. Aku takde jalan lain lagi dah.. Jue, aku nak beritahu kau yang.. aku ade penyakit leukimia. Doktor cakap sekarang dah teruk. Jadi, ayah aku rancang nak bawa aku pergi dari bumi Malaysia sebab dia nak jaga aku kat sini. Aku janji, kalau aku sembuh nanti aku akan balik Malaysia dan peluk-peluk kau kuat-kuat. Tapi, kalau ditakdirkan aku pergi dahulu, aku minta kau janganlah bersedih dengan pemergian aku. Kau doakan yang terbaik untuk aku ye..
Jue, aku minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat luangkan masa dengan kau di saat-saat kritikal aku ni. Aku harap sangat kau ada di sisi aku sekarang. Aku lemah, Jue. Aku tak kuat.. Aku tinggal sebulan je lagi nak teruskan kehidupan aku kat dunia ni.
Jue, serius aku cakap, aku betul-betul sayang kau.. Jue, tolong jangan lupakan persahabatan ni ye.. aku bersyukur sangat sebab dapat berkawan dengan kau. Kau selalu dengar masalah aku. Kau bantu aku untuk jadi kuat. Kau selalu ada untuk aku Jue. Terima kasih atas semuanya..
Aku berharap kita akan bertemu kembali. Walaupun bukan di dunia, InsyaAllah di akhirat nanti.
>Sahabatmu, Farisha
Air mata penuh membasahi pipi Jue. Habis basah kertas yang dipegangnya itu. Dia kelu dan terpaku. Rasanya bagaikan remuk hatinya apabila sahabatnya yang selama ini mencurahkan kasih sayang kepadanya hendak pergi buat selamanya di bumi ini. Dia terkesima dan terus menangis semahunya. Jue ingin sekali berjumpa dengan sahabatnya itu buat kali terakhir. Tapi bagaimana? Dia buntu.
Akhirnya, dia bangun malam dan melaksanakan solat tahajud dan istikharah untuk memohon petunjuk daripada Yang Maha Mengetahui. Dari sudut hatinya, dia berdoa agar dapat berjumpa dengan Farisha walaupun sementara.
Setelah mendapatkan keizinan kedua ibu dan bapanya, Jue sudah bertekad mahu mencari Farisha di Australia. Dia ditemani oleh abangnya.
Setibanya mereka di Australia, abangnya mencadangkan beberapa hotel dan rumah tumpangan serta hospital yang mungkin didiami oleh Farisha. Abang Jue memang sudah lali dengan kehidupan di Australia kerana dia pernah menjadi penuntut salah sebuah universiti di sini.
Hasil pencarian mereka selama beberapa hari akhirnya doa Jue dimakbulkan.
"Assalamualaikum.. Farisha!!"
"Waalaikumussalam. Ya Allah, Jue!" Jerit Farisha di dalam hati kerana dia sudah tidak mampu untuk membuka mulutnya. Tetapi, riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia amat gembira dengan kehadiran yang tidak disangka-sangka. Berlinangan air mata kedua-duanya. Jue sebak melihat keadaan Farisha yang lemah dan tidak bermaya itu.
Farisha sudah tenat. Dadanya turun naik turun naik dengan laju. Dia tidak mampu bertahan lagi. Jue cepat-cepat mengucapkan kalimah syahadah di telinga Farisha. Dia menggenggam erat tangan Farisha. Dengan sekelip mata, terlerailah roh Farisha dari jasadnya dengan tenang sekali. Jue hanya menangis. Namun, dia redha.
"Allah sayangkan kau, Farisha. Pergilah dengan tenang. Semoga kau ditempatkan di kalangan orang yang beriman,"
11 Disember 2013 : 10.05 a.m.
Hari ni, waktu ni.. adalah saat pemergian orang yang aku sayang. Allah lebih sayangkan dia. Memori yang kita cipta selama ini takkan aku lupakan, sahabatku. Akhirnya aku dapat jumpa kau buat kali terakhir dan kau meninggal di pangkuanku. Sahabat, meskipun kita sudah berpisah, aku pasti jiwamu sentiasa ada di sampingku. Semoga kita dapat bertemu di Jannah suatu hari nanti..
-AA-
{ 0 comments } Hingga Syurga :)
Assalamualaikum semua.. dah lama tak aktifkan blog ni. Jadi, kitorang nk aktifkan semula. Doa-doakanlah kumpulan MYEITS ni kekal sampai ke Syurga.
sahabat yang baik akan membawa kita ke SyurgaSahabat, susah dan senang kita bersama. Adakala sahabat yang pentingkan diri hanya ada ketika senang sahaja. Di waktu sahabat yang lain dalam kesusahan, dia tidak membantu. Begitukah sahabat sejati? Di kala kesepian, sahabat yang baik akan meriahkan. Di kala ujian menimpa, dia membantu menghulurkan tangan. Di kala kita berjaya, dia akan turut gembira. Cubit peha kiri, peha kanan terasa. Hargailah kawan yang sentiasa ada bersama kita. Jangan kita lupakan mereka. Bawalah dan bimbinglah mereka melakukan kebaikan, mencari mardhotillah, menggapai maghfirah-Nya, menuju Syurga. Akhir kalam untuk hari ini, berilah penghargaan kepada sahabat kita. Dan jangan lupa untuk mendoakan mereka.. Semoga sahabat kita menjadi perantara bagi kita untuk meraih Syurga :) Assalamualaikum <3 By : AA ^^{ 0 comments }
Kembali !
Hai ! semua ! lama dah kami tidak update, bukan setakat lama tapi sangaaaaaaaaat lama hehe.. Kitorang rindu ahli MYEITS kitorang.. Kitorang dah dah lama tak main sama-sama. Memandangkan PMR dah habis so bila sorang datang, yg lain tak datang sekolah pulak :( *tsk tsk* ok tu je for now :) Bye Assalamualaikum..{ 0 comments } 





.jpg)



