Kaulah yang satu, menjadi..
Kaulah yang selalu..
Selalu menemaniku..
Di setiap kisah pahit manis hidupku..
Kaulah yang di situ..
Setia menungguku..
Kaulah yang satu, menjadi..
SAHABATKU !


Lagu yang selalu didendangkan oleh Najwa Latiff di radio cukup mengingatkan AA tentang persahabatan. Ya, betul..

Sahabat sejati selalu berada di sisi di kala sukar dan senang. Sahabat sejati setia mendengar masalah mahupun berita gembira. Sahabat sejati tidak mengharapkan apa-apa balasan. Kerana mereka ikhlas dalam persahabatan. Ikhlas.. bukan dapat diungkapkan dengan kata-kata tetapi bagaimana kita melahirkan rasa ikhlas adalah dengan melakukan sesuatu dengan hati yang terbuka dan senang hati tanpa mengharapkan balasan.

Mungkin ramai di antara remaja zaman sekarang mudah mencari kawan. Yelah kan, senang je kalau nak cari kawan. Petik jari aje.. belambak yang datang. Tapi, ada sesetengah orang memilih kawan. Bukan apa, cuma mahu berhati-hati apabila berkawan. Bukan senang nak cari kawan yang baik sekarang ni.. ada kawan yang sanggup memperbodohkan kawan sendiri dan tikam belakang kawan sendiri semata-mata untuk mendapat kepentingan sendiri. Haa, itu yang membahayakan. Mana taknya, kita percayakan kawan kita sepenuhnya tapi alih-alih kita pula yang jadi mangsa.
Kenapa ya? Adakah mereka yang tikam kawan ni dengki dengan kawan dia sendiri? Entahlah...

Tapi, dalam masa kita mencari kawan, sahabat adalah yang paling sukar dicari.
Apa bezanya kawan dan sahabat?
Haaa...pernah dengar tak? Kalau kita selalu baca sirah Nabi Muhammad, kita akan perasan orang di sekeliling Nabi, yang berkawan dengan Nabi dipanggil gelaran sahabat. Bukan kawan. Kenapa ya?

Sebab.. mereka sangat rapat dengan baginda. Mereka memperdengar segala ucapan baginda. Mereka mempercayai kata-kata baginda. Mereka selalu berada di sisi baginda tidak kiralah masa susah dan senang. Sanggup mempertahankan baginda di hadapan musuh malah sanggup menggadaikan nyawa demi seorang yang bergelar Nabi. Mereka ini ialah kawan istimewa Nabi, kawan seperjuangan Nabi. Sebab itulah mereka digelar sebagai sahabat.

Apabila kita bersahabat ataupun berkawan, kita kena pastikan niat kita ni betul. Adakah kita berkawan dengan dia semata-mata ingin lulus dalam peperiksaan? Adakah kita kawsn dengan dia sebab nak sekali famous? Adakah kita berkawan dengan dia sebab kita dah takde kawan lain? Ketahuilah bahawa, niat utama kita berkawan atau bersahabat adalah kerana Allah SWT. Ingin merapatkan silaturahim dengan saudara Islam. Ingin mengajak mereka ke arah kebaikan dan membangunkan Islam. Macam para sahabat Nabi.. bahkan, tidak lengkap iman seseorang selagi mana dia tidak mengasihi sahabatnya sendiri.

Justeru itu, bila kita berkawan dengan hati yang ikhlas, In Shaa Allah.. kita akan dapat merasai manisnya berkawan. Sweeeet sangat >_<

Jadi AA nak pesan, jangan pernah lupakan kawan atau sahabat kita. Mana tahu, di akhirat nanti kita beroleh syafaat daripada dia. Akhir sekali, dengan bersahabat atau berkawan, kita dapat menambah pahala. Jadi, berkawanlah dengan ikhlas dan cuba untuk menjadi sahabat yang terbaik.


[ 0 comments ]